| Umai Ikan Perang
Bahan-bahan:
Ikan perang (di hiris nipis)
Bawang merah besar (di hiris nipis)
Bawang putih (di hiris nipis)
Cili hidup / cili merah (di hiris nipis)
Jus limau kasturi (dan kulitnya dihiris nipis) atau
Asam Kelubi Segar (isinya dihiris)
Bawang merah kecil (di tumbuk)
Bawang putih (di tumbuk)
Cili hidup / cili merah (di tumbuk)
Cara-caranya:
Gaulkan ikan perang yang telah di hiris nipis tadi dengan bahan-bahan yang telah ditumbuk. Kalau nak gunakan ikan lain pun boleh. Bawang merah kecil kita tumbuk dalam 5 ke 6 ulas, bawang putih tu dalam 4 ulas, cili hidup / cili merah tu kita guna dalam 5 biji ye, kalau anda suka makan pedas boleh la gunakan lebih cili kalau tak kurangkan lah ye. Lepas dah gaulkan yang tu kita masukkan bahan-bahan yang dihiris tadi, gaul sehingga sebati. Akhir sekali kita masukkan jus limau kasturi dan kulitnya atau pun asam kelubi. Asam kelubi tu guna yang fresh tau, jangan guna yang jeruk pulak! Kita tambah sikit garam, lepastu boleh lah hidangkan! Cuba tau! Masakan ni unik sekali!
Bubur Pedas Sarawak
Sebulum Anis kasi resepi dia, anis nak cerita sikit tentang Bubur Pedas Sarawak ni, ianya tidak didapati di negeri-negeri lain, hanya boleh didapati di Sarawak sahaja. Dah nama dia pun Bubur Sarawak kan? Ok, bubur ni sangat unik, ia menggunakan pelbagai-bagai jenis ulam, ada lebih kurang 10 jenis!!! Memang sedap dan berkhasiat! Dalam resipi yang Anis akan beri ni, kita menggunakan rempah bubur pedas, jika anda nak cuba dan tak dapat untuk membeli rempahnya anda bolehlah buat nya sendiri. Caranya mudah saja, mula-mula kita gorengkan beras, kelapa parut, biji rempah, dan lengkuas sehingga wangi dan kita tumbukkan hingga lumat. Itulah rempah bubur pedas Sarawak! Inilah cara-cara untuk menyediakan bubur pedas Sarawak.
Bahan-bahan:
Santan
Udang (yang dibuang kulitnya)
Sayur Paku Midin ( ni macam adik-beradik paku-pakis)
Umbut rebung (yang dah direbus ye)
Umbut nenas
Cendawan meber
Jagung muda
Pucuk tauhu dan suhoon (jangan lupa rendam dulu)
Daun kunyit
Bunga kubis
Pucuk labuas
Jantung pisang
Semua ulam-ulam dan sayur-sayuran tu kita hiris halus-halus.
Bahan-bahan yang perlu kita tumis:
Bawang merah kecil (dalam 10 ulas)
Bawang putih (dalam 7 ulas)
Cili kering (yang direbus dahulu)
Belacan
Bahan-bahan ni kita tumbuk sampai lumat ye.
Cara-caranya:
Senang je, kita tumis bahan-bahan yang kita telah tumbuk hingga lumat tu, hingga naik bau! Kemudian masukkan udang, tumis sekejap lagi, kemudian masukkan santan. Tunggu dia mendidih, masukkan ulam-ulam dan sayur-sayuran. Bagi dia mendidih lagi kemudian kita masukkan rempah bubur pedas tu. Bila dah mendidih, bolehlah kita makan!! Sedap tau!
Ikan Tenggiri Taucu Berempah
Bahan-bahan:
Ikan tenggiri
Serbuk kunyit
Bunga lawang
Bunga cengkih
Buah pelaga
Kulit kayu manis
Tomato
Cili merah
Cili hijau
Bawang merah kecil (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Halia (dihiris)
Air asam jawa
Tauchu (kacang soya masin)
Bawang kuning
Garam
Gula
Cara-caranya:
Mudah je nak masak taucu ni, Cuma yang agak berlainan dalam resipi Anis ni, sebab Anis gunakan rempah 4 sekawan tu. (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang). Bagi yang tak pernah masak taucu ni, ni lah cara-caranya. Mula-mula gorengkan ikan tenggiri yang telah digaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goring hingga garing baru sedap. Kemudian kita sediakan kuah taucu, tumiskan 4 sekawan tu dalam kuali yang mengandungi sedikit minyak sehingga naik bau. Mmmm.. lepas itu kita tumiskan pula bawang merah kecil, bawang putih dan halia yang dihiris halus. Kemudian masukkan taucu, tambahkan sedikit air asam jawa. Masukkan cili merah, cili hijau dan tomato. Rasa dulu kuahnya, kalau dah masin jangan masukkan banyak garam. Seimbangkan rasanya dengan gula, kalau dah cukup rasa kita boleh masukkan ikan tenggiri tu. Dan, akhir sekali kita taburkan bawang kuning yang dipotong bulat-bulat tau!! Siaplah!! Hidangkan dengan nasi panas.. mmmm… menyelerakan!
|