|
Sayur Lodeh
Bahan:
Buah kundur
Kubis
Lobak merah
terung
Daun melinjo
Daun salam
Lengkuas 2 cm
Tomato
Tempe
Cili merah
Garam
Gula merah 2 sudu besar
2 biji cili merah dihiris (buang biji)
1 biji cili hijau dihiris (buang biji)
6 biji Bawang merah
3 biji Bawang puith
Santan kelapa
Air
Ikan bilis putih
Telur
Cara menyedikannya:
Sayur lodeh style Haryo ni memang senang nak buat! Bukan je senang nak buat, rasa dia memang sedap! Mula-mula kita rebus semua bahan, kecuali santan. Rebus sampai mendidih, sambil tunggu dia mendidih, kita masak ikan bilis yang dimakan bersama sayur lodeh. Dalam resipi Haryo ni, kita gunakan ikan bilis yang putih dan halus tu. Campurkan ikan bilis dengan telur. Jika kita gunakan 200gm ikan bilis, campurkan 2 biji telur. Tidak perlu menambah garam kerana ikan bilis tu dah masin sangat. Bila dah gaul rata, gorengkan dia dalam minyak panas. Bentukkan dia bulat menggunakan sudu macam buat jemput-jemput. Bila warna dia keperang-perangan boleh lah kita angkat. Bila sayur lodeh tu dah mendidih, masukkan santan. Tunggu sampai mendidih lagi dan siap untuk dihidang. Hidangkan dengan ikan bilis tadi.
Crêpes kelapa bersama sos mangga dan coklat
Bahan-bahan:
Crêpes
2 biji telur
4 sudu besar gula
2 sudu besar mentega yang telah dicairkan
150gm tepung gandum
100gm santan serbuk
500ml susu
Essen vanilla/ vanilla pod
Sos mangga
Gula
Mangga ranum
Jus oren
Bahan-bahan hiasan
Sos coklat
Buah markisa
Cara menyediakannya:
Resipi ini ialah salah satu resipi pencuci mulut kegemaran Anis. Sesuai untuk dihidangkan waktu minum petang dan sebagai sarapan pagi. Cara menyediakannya pun senang! Crêpes ni macam lempeng ataupun pancake, tapi ia tidak menggunakan serbuk penaik. Pukulkan telur bersama gula. Tak perlu pukulkan sehingga kembang, campurkan mentega yang telah dicairkan. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang-selikan dengan susu. Pukul sehingga sebati, campurkan esen vanilla dan serbuk santan. Panaskan kuali leper yang tidak melekat (non stick pan), dan sapukan sedikit mentega diatasnya. Apabila kuali dah panas tuangkan adudan crêpes. Alihkan dan lipatkan crêpes apabila warnanya keperangan. Buat yang sama sampai adunan tu habis. Sekarang, kita sediakan sos dia pulak, panaskan kuali dulu, lepas tu masukkan mangga yang ranum yang telah dipotong dadu. Kemudian masukkan jus oren dan sedikit gula. Jika anda gunakan sebiji mangga, gunakan 50ml jus oren dan 1 sudu besar gula. Masak sehingga mendidih, dan sedia untuk dihidang. Jika anda ingin hidangkan crêpes bersama sos coklat, gunakan resipi sos coklat yang sama dalam ep 8!! Jangan lupa cuba tau!!
|