TV3 Logo
Now Showing
N/A
Next Show
ANAKKU BUKAN ANAKKU at 06:00 PM
 
Home Catch Up TV Shows Schedule Fan8tics   Login Register

HOT CHOCOLATE PUDDING (PUDING COKLAT CAKE)

BAHAN-BAHAN A:
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk penaik
4 sudu besar serbuk koko
1 ½ cawan gula castor
1 cawan susu
4 sudu besar mentega dicairkan
1 sudu teh esen vanilla

BAHAN-BAHAN B:
½ cawan gula castor
½ cawan gula perang
1/3 cawan serbuk koko
1 cawan air panas

BAHAN-BAHAN SOS COKLAT:
200gm coklat masakan
50ml krim masakan
2 sudu besar mentega
3 sudu besar gula perang

BAHAN-BAHAN SOS STRAWBERRY:
Buah strawberry
Gula aising
Jus lemon

CARA MENYEDIAKANNYA:
Hot chocolate pudding ni sebenarnya macam cake, nama je puding. Kalau anda nak buat moist chocolate cake, kan agak leceh, cuba resipi ni dan anda akan mendapat hasil seperti moist chocolate cake. Senang sangat nak sediakan, tak payah gunakan pemukul dan rasa dia memang sedap! Mula-mula kita sediakan bancuhan bahan A, gaulkan gula bersama mentega yang dicairkan sehingga sebati, tak payah gaul hingga kembang. Lepas tu, campurkan esen vanilla. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk penaik dan serbuk koko. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan susu ke dalam bahan-bahan yang telah digaulkan tadi. Lepas bancuhan tu dah digaul sehingga sebati masukkannya didalam loyang. Jangan lupa panaskan oven dahulu, suhunya 180 darjah celsius. Sambil tunggu oven tu panas kita sediakan bahan B, iaitu chocolate fudge. Kita campurkan gula castor, gula perang, serbuk koko dengan air panas dan kacaukan sehingga larut. Tuangkan bancuhan bahan B diatas adunan yang telah dituang didalam loyang tadi. kemudian masukkan kedalam oven selam 40 minit. Sambil kita tunggu puding kek ni masak, kita bolehlah sediakan sos coklat dan sos strawberry sebagai hiasan. Gunakan double boiler untuk cairkan bahan-bahan sos coklat kita, jika takde, kita rebus air dalam periuk dan gunakan mangkuk yang tahan panas. Jangan masak coklat dalam periuk nanti terlebih masak dan coklat akan berketul-ketul. Bila air dalam periuk / double boiler  tu dah mendidih kita masukkan semua bahan-bahan sos coklat didalam mangkuk yang atas periuk tu. Kacaukan selalu sampai coklat dan bahan-bahan lain tu cair. Jika anda tengok episod ni, Anis ada buat hiasan atas pinggan guna coklat dan sos strawberry. Kalau anda nak buat camtu pon boleh, senang je. Sos strawberry tu lagi senang tak paying masak pun. Cuma blend kan buah strawberry dengan gula aising dan jus lemon. Lepas puding kek tu dah siap, anda boleh potong dan hiaskan! Mudah dan sedap!!

CHICKEN BLAST (AYAM MELETUP)

BAHAN-BAHANNYA:
Isi ayam dicincang
Bawang besar (dicincang)
Bawang putih (dicincang)
Cendawan telinga gajah (dicincang)
Cili merah (dicincang)
Daun sup (dicincang)
Tauhu kering
Telur
Magi cukup rasa
Lada hitam
Minyak masak

CARA MENYEDIAKANNYA:
Resipi ni ialah salah satu resipi kegemaran Anis! Memang senang nak buat, waktu penggambaran tu, habis semua krew makan!! Hehehe.. resipi ini kita gunakan tauhu kering ataupun tauhu goreng. Tauhu ni dipotong dua dan diterbalikkan (isi didalam berada di luar). Kemudian kita sediakan intinya. Isi ayam yang dicincang tu kita campurkan dengan cendawan telinga gajah (kalau anda nak gunakan cendawan lain pon boleh), cili mereah, daun sup, telur, perencah maggi cukup rasa, dan lada hitam. Gaulkan sehingga rata. Sambil tu kita tumiskan bawang besar dah bawang putih hingga keperang-perangan. Lepas dah tumis bawang-bawang tu kita campurkannya dalam bahan-bahan lain tadi. kemudian kita masukkan inti yang dah siap digaul kedalam tauhu yang telah diterbalikkan tadi. panaskan minyak dan siap untuk digoreng. Resipi ni sangat sesuai disajikan untuk minum petang ataupun sebagai pembuka selera. Sajikannya dengan sos cili Thai. Anda mesti cubanya!!

 
TV3 Copyright About Us Careers Contact Us Advertise With Us FAQs Sitemap Terms & Conditions