|
|
|
 |
 |
 |
|
 |
CHOCOLATE TRUFFLE (COKLAT BUAH)
BAHAN-BAHAN:
400gm butter cake
300gm coklat masakan
30gm kismis
100gm kacang gajus
200gm kelapa kering
Coklat putih, coklat masakan dan buah-buahan buat hiasan
CARA MENYEDIKANNYA:
Tema episode ini ialah finger food ataupun makanan ringan yang sesuai dihidangkan pada jamuan makan atau pun jika tetamu datang dan kita tak sempat nak masak kita boleh sediakan resipi-resipi ni. Sesuai sangat, cepat pulak tu nak sediakan. Resipi pertama ynag Anis sediakan ialah, Chocolate Truffle (nama sebenar dia lah ni, tapi Mr Producer dah tukar nama dia... hehe..) ataupun Coklat Buah. Anis belajar resipi ni dari mak Anis, waktu Anis sekolah dulu dia suka buat ni, memang sedap! Kalau tak percaya cuba lah! Resipi ni gunakan butter cake, apa jenis butter cake pun boleh, kalau marble cake pun boleh, tapi jangan gunakan sponge cake, sebab dia tak cukup padat. Mula-mula kita cairkan coklat kita dulu, macam Anis cakap kalau kita nak cairkan coklat kita tak boleh cairkan dia dalam periuk, kita kena guna double boiler ataupun kalau nak cepat, sesiapa yang ada Microwave tu boleh gunakannya untuk cairkan coklat. Tapi jangan terlalu lama dalam 20-30 saat sahaja. Sambil kita tunggu coklat tu nak cair kita hancurkan kek kita, dan campurkan kismis, kacang gajus yang dah dicincang kasar, kelapa kering dan gaulkan semua bahan-bahan tu sehingga rata. Kemudian masukkan coklat yang telah dicairkan tadi dan gaulkan sehingga sebati. Kepalkan dan bentukkan adunan ini menjadi bola kecik. Kita sejukkkan dahulu bola-bola ni dan celupkannya di dalam coklat putih ataupun coklat masak yang telah dicairkan. Kemudian masukkan kedalam acuan kertas dan hiaskan dengan buah-buahan. Kanak-kanak memang suka resipi ni. Jangan lupa cuba tau!
WANTON
BAHAN-BAHAN:
100gm kulit wanton
500gm isi ayam dikisar
1 batang lobak merah (dicincang halus)
4 biji bawang merah (ditumbuk lumat)
3 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
Cendawan Shitake (dicincang halus)
Minyak bijan
Serbuk lada hitam
Telur
Garam
Minyak masak
CARA MENYEDIAKANNYA:
Wanton ni sebenarnya ialah masakan Cina. Ia dikategorikan sebagai Dumpling. Ianya boleh digoreng atupun direbus. Resipi ni pun sangat senang nak buat. Dalam resipi ni Anis menggunakan isi ayam, jika anda nak gunakan isi udang ataupun isi ikan pun boleh. Mula-mula kita sediakan intinya dahulu. Campurkan isi ayam yang telah dikisar dengan lobak merah yang telah dicincang halus, cendawan Shitake (ataupun cendawan kegemaran anda) bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk hingga lumat, satu sudu kecil minyak bijan, sedikit serbuk lada hitam, sebiji telur, dan garam secukup rasa. Gaulkan bahan-bahan sehingga rata. ambil satu sudu kecil inti dan letakkan diatas kulit wantan dan bunjutkannya. Panaskan minyak dan gorengkannya sehingga keperang-perangngan. Hidangkan bersama sos cili Thai!
ROTI UDANG
BAHAN-BAHAN:
Roti
Isi udang (yang dikisar halus)
Bawang merah (ditumbuk lumat)
Bawang putih (ditumbuk lumat)
Daun bawang (dicincang halus)
Cili merah (dicincang halus)
Serbuk lada hitam
Telur
Tepung
Air
Garam secukup rasa
Minyak masak
CARA MENYEDIAKANNYA:
Roti udang ni sebenarnya dipanggil Prawn Toast. Senang je nak buat dia, seperti biasa, kita sediakan intinya dahulu. Gaulkan isi udang yang telah dikisar, bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk hingga lumat, daun bawang dan cili merah yang dah dicincang halus sehingga rata. Campurkan sedikit serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Ha, lepas semua bahan-bahan ni dah pun digaul hingga rata, kita sediakan roti dan bahan lain pula. Kita gunakan roti putih biasa, potongkan kesemua kulit ditepi roti dan potongkan roti bentuk segi empat sama. Ambil satu sudu kecil inti dan sapukan diatas roti-roti yang telah dipotong tadi. Jangan lupa panaskan minyak dahulu. Sebelum kita gorengkan roti tu, kita pecahkan sebiji telur dan campurkan dengan satu sudu besar tepung gandum dan sedikit air. Kacaukan sehingga sebati, dan celupkan roti yang telah disapukan dengan inti tadi kedalam bancuhan telur tu dan gorengkan dalam minyak panas. Gorengkan sehingga keperang-perangan. Ni lagi satu resipi yang sangat mudah untuk disediakan. Selamat mencuba!
|
|
 |
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|