|
|
|
 |
 |
 |
|
 |
KACANG POL
BAHAN-BAHAN:
Daging cincang (500gm)
Kacang pol (kacang parang yang dijual didalam tin)/ kacang panggang (250gm)
Serbuk kari daging (4 sudu besar)
Serbuk jintan manis (1 sudu teh)
Serbuk jintan putih (1 sudu teh)
Serbuk cili ( 2 sudu teh)
Serbuk lada hitam
Garam
Minyak sapi
Telur
Cili hijan
Bawang besar
CARA MENYEDIAKANNYA:
Tema minggu ini ialah Hawker food ataupun makanan yang dijual di gerai-gerai. Kebetulan pulak lokasi episode ini dekat Kajang Point, kat situ ada gerai masakan Johor, masakan Cina dan banyak sangat gerai sate! Resipi kacang pool yang Anis buat dalam episode ni Anis dah ubah suai sikit. Resipi aslinya gunakan kacang pool ataupun kita selalu panggil kacang parang. Tapi jangan gunakan yang kering, gunakan yang dalam tin. Tapi kat sini susah sikit nak cari, jadi kita boleh gunakan baked beans ataupun kacang panggang. Dalam episode ni Anis masak dengan Fahrin Ahmad, haaaa, rupa-rupanya Fahrin ni ada bakat dalam dapur. Senang je nak masak Kacang pool ni, sedap pulak tu, mula-mula kita tumiskan daging cincang sampai dia garing. Lebih sedap lagi kalau kita gunakan minyak sapi untuk menumisnya, Tapi kalau anda nak gunakan minyak masak biasa pon boleh. Bila daging cincang ni dah garing, kita tambahkan serbuk kari daging. Kalau nak rempah kari cepat masak, campurkan dengan air panas kemudian baru tumiskannya. Bila bau tu dah naik ataupun harum, masukkan serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan serbuk cili. Kemudian masukkan kacang pool ataupun baked beans. Masukkan sedikit air dan tunggu hingga mendidih. Masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Bila dah mendidih dan rasa dah sedap kita boleh hidangkan. Sajikan dengan bawang besar yang dipotong dadu, cili hijau yang dihiris dan telur mata ataupun bak kata Fahrin, telur coplok! Kacang pool ni selalunya dimakan dengan roti. Jangan lupa cuba tau!
MEE KUNG FU
BAHAN-BAHAN:
Yee mee
Isi udang
Isi ayam
Bawang merah dihiris
Bawang putih dihiris
Halia dihiris
Cendawan Shitake
Sayur pak choy
Telur
Sos tiram
Minyak masak
Air
Tepung jagung (1 sudu teh)
Pati ayam
Serbuk lada hitam/putih
CARA MENYEDIAKANNYA:
Mee Kung Fu ni ialah salah satu makanan yang digemari dan banyak gerai menghidangnya. Tapi tak ramai yang tahu sebenarnya nak masak mee kung fu ni punyalah senang. Kalau tak percaya lepas baca resipi ni, cuba masak. Mula-mula kita tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Gunakan dalam 2 biji bawang merah, satu ulas bawang putih dan sedikit je halia. Tumiskan sehingga keperang-perangan, dan masukkan isi ayam. Campurkan dalam satu sudu besar sos tiram dan campurkan sedikit air dan cendawan shitake. Biarkan hingga mendidih dam masukkan udang, pati ayam, serbuk lada hitam/putih dan tepung jagung yang telah dilarutkan dengan air. Kacaukan sehingga kuah menjadi pekat, masukkan sayur pak choy dan pecahkan sebiji telur. Tuangkan kuah mee kung fu diatas yee mee. Kalau anda gemarkan pedas, anda boleh masukkan cili padi diadalam kuah mee kung fu. Haaa, senang je kan? Jangan lupa cuba tau!
|
|
 |
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|