TV3 Logo
Now Showing
CEREKAPILIHAN
Next Show
ANAKKU BUKAN ANAKKU at 06:00 PM
 
Home Catch Up TV Shows Schedule Fan8tics   Login Register
Ayam Pan Soh

Bahan-bahannya:

Halia (dihiris nipis)
Serai (dihiris nipis)
Tepus (hanya ambil umbutnya sahaja, dan hiris nipis)
Pucuk ubi (hanya guna yang muda sahaja)
Ayam (bahagian dada, dipotong dadu)
Sedikit air
Buluh (yang macam digunakan untuk buat lemang)

Cara-caranya:

Hidangan ni memang sangat berkhasiat!! Maklumlah, tak menggunakan sedikit pon minyak atau MSG.dan, rasanya memang betul-betul sedap! Tak tipu! Kerana kita boleh rasa kemanisan semula jadi ayam tu dan bahan-bahan lain memberi rasa yang mantap kepada hidangan ini. Senang je nak buat ni, lepas kita dah hiris semua bahan-bahan tu, ayam pon kita dah potong, kita gaul kan je, campurkan sedikit garam. Kemudian masukkan kedalam buluh. Kalau takde buluh kita boleh masukkan dalam mangkuk dan kukuskan nya. Proses pemasakannya sama sahaja. Lepas dah masukkan sedikit air, masukkan pucuk ubi tu. Pastu bakar la buluh tu dalam 45 minit sahaja, ataupun sampai dah keluar wap dari atas buluh tu. Kalau kukus pon sama je, dalam 45 minit jugak. Ayam Pan Soh ni sesuai makan dengan nasi. Lagi-lagi kalau nasi lembik sikit. Saaaaaaaaangaaaaat seeeeeedaaaaaap!

Ayam Hutan & Udang Bakar

Resipi ini mendapat inspirasi dari keadaan hutan yang sesungguhnya, tidak ada bumbu instant, dalam cerita ini semuanya diambil dari hasil hutan tersebut seperti bawang putih, bawang merah, lada hitam, halia, cili merah, ayam, udang, nenas sarawak, dan minyak sayur, garam.

Bahan:
Udang laut
Ayam hutan (beli dipasar satok)
Garam
Lada hitam Sarawak
Cabe merah hutan
Jahe / halia
Bawang putih dan bawang merah
Minyak sayur
Batang sereh

Cara membuat:
Potong hingga halus semua bahan (garam, lada, bawang putih, bawang merah, cili, halia) letak sedikit minyak sayur, lalu urutkan ke ayam dan udang yang sudah dikupas. Sepitkan ayam dan udang ke batang, ikat nenas dengan tali dan bakar diatas arang api sampai masak.
 
TV3 Copyright About Us Careers Contact Us Advertise With Us FAQs Sitemap Terms & Conditions