|
|
|
 |
 |
 |
|
 |
Gulai Tempoyak Ikan Patin
Bahan-bahan:
Bawang merah
Cili merah
Cili padi
Kunyit hidup
Daun kunyit
Serai
Tempoyak
Ikan patin
Asam keping (jika perlu)
Cara-caranya:
Mula-mula kita tumbukkan bawang merah (dalam 5 biji) sekali dengan cili merah (1 biji), cili padi (1 genggam), dan kunyit hidup (dalam 1.5cm). tumbuk hingga lumat. Lepas tu, rebus semua bahan-bahan tu dengan daun kunyit dan serai dan sedikit air. Lepas dah mendidih tu, masukkan tempoyak dan ikan patin. Biar dia mendidih lagi, lepas tu masukkan garam dan gula. Rasa dulu, kalau tak cukup masam, masukkan asam keping. Ada sesetengah tempoyak sangat masam, jadi jangan masukkan asam keping terlebih dahulu. Biar dia memdidih lagi, lepastu boleh lah hidangkan. Makan dengan nasi panas, huh! Memang sedap!
Ayam Kicap Lada Hitam
Bahan:
Ayam
Garam
Lada
Bawang putih
Bawang besar
Bubuk paprika
Tepung gandum
cili merah
Cili padi
Daun ketumbar
Cara membuat:
Potong ayam kecil - kecil, bumbui dengan garam - lada - bawang putih – serbuk cili dan balur dengan tepung gandum kemudian goreng hingga kuning kecoklatan.
Tumis bawang putih, cili merah potong cili padi cincang, masukan kecap manis dan sos tiram lalu aduk bersama ayam goreng tadi.
Setelah tercampur rata beri daun ketumbar mentah, lada hitam dan bawang bombay lalu taburi dengan bijan.
Durian Pancake
Bahan-bahannya:
200gm Tepung
1 sudu besar Serbuk Penaik
2 biji Telur
3 sudu besar gula
2 sudu besar mentega yang telah dicairkan
250ml susu segar
1 sudu kecil perisa vanilla
Cara-caranya:
Mula-mula kita campurkan tepung dengan serbuk penaik. Dalam mangkuk yang lain kita pukul telur dengan gula. Lepastu, campurkan mentega yang telah dicairkan dan perisa vanilla ke dalam bancuhan. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan susu. Gaul sehingga sebati. Panaskan kuali leper yang disapukan sedikit minyak dan tuangkan satu senduk bancuhan pancake keatas kuali. Pastikan api anda tidak begitu kuat ye. Kat permukaan pancake tu nanti ada macam buih-buih, lepas buih-biuh tu pecah kita boleh kalihkan pancake tu. Senang je… lakukan yang sama sehingga bancuhan habis.
Sos Durian
Bahan-bahannya:
Isi durian
Gula
Susu
Cara-caranya:
Masak isi durian dengan sedikit susu dan gula. Ikut cita rasa masing-masing.
|
|
 |
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|