TV3 Logo
Now Showing
N/A
Next Show
ANAKKU BUKAN ANAKKU at 06:00 PM
 
Home Catch Up TV Shows Schedule Fan8tics   Login Register
MEE GORENG MAMAK

Dalam episode ni ICIP-ICIP ke Ulu Yam. Anis tiba-tiba rasa macam nak berkhelah, dah lama tak berkhelahkan. Jadi Anis pon dapat idea untuk menyediakan masakan yang sesuai disediakan jika kita ingin berkhelah. Jadi masakan pertama Anis masak ialah mee goreng mamak. Mee goreng mamak ni ada macam-macam style, yang ni style yang mak anis selalu masak.

Bahan-bahan:

Mee kuning
Udang
Bawang merah (ditumbuk sehingga lumat)
Bawang putih (ditumbuk sehingga lumat)
Bawang besar (dihiris)
Cili boh
Ubi kentang (direbus, dipotong dadu dan digoreng dengan sedikit serbuk kunyit)
Tauhu (digoreng dan dipotong dadu)
Cili hijau (dihiris besar)
Cili padi (dihiris)
Tomato (dipotong besar)
Telur
Kicap manis
Sos cili
Sos tomato
Garam
Gula

Cara-caranya:

Mula-mula kita gorengkan udang (dalam 6 ekor ke) kita menggunakan sedikit minyak, dalam kuali yang kita akan gunakan untuk menggoreng mee, bila udang tu dah masak, kita gunakan minyak yang sama untuk menggoreng ubi kentang (1 biji) dan tauhu (2 ketul). Lepas semua dah garing kita keluarkan. Kemudian kita gunakan minyak yang sama, kita tumiskan bawang besar (1 biji) yang kita dah hiris tu. Sampai dia dah layu kita masukkan cili boh (2 senduk) dan tumiskan sehingga pecah minyak atau naik bau. Lepas bau tu dah sedap masukkan bawang merah (4 biji) dan bawang putih (4ulas) yang ditumbuk sehigga lumat tu. Tumiskan semua sehingga bau dia sedap. Kemudian masukkan tomato (2 biji), cili hijau (3 biji), cili padi (10 biji). Kacaukan sedikit dan masukkan kicap manis, sos cili, dan sos tomato. Masukkan sedikit air. Campurkan garam dan gula. Kemudian boleh masukkan mee kuning. Kacaukan sehigga sebati dan masukkan telur. Campurkan bahan-bahan yang telah digoreng tu. Sedia untuk dihidang.


BAWAL GORENG KICAP SOS INDONESIA

 
 
Bahan bahan:
2 ekor  ikan bawal putih
Bumbui dengan serbuk ketumbar, serbuk kunyit, secubit garam dan menggunakan minyak sayuran Goreng ikan  hingga garing.
 
Perencah:
 
1.Tumis  2 sudu makan margarin,
chili padi,cabe merah, bawang besar, seiris halia, kecap manis Indonesia dan sos tiram-
masukkan bawal goreng tadi kedalamnya
 
2.Tumis hingga wangi sajikan dengan nasi panas
 
PESMOL BAWAL BATAWIE
 
Bahan bahan
 
2 ekor  ikan bawal putih
Bumbui dengan serbuk ketumbar, serbuk kunyit, secubit garam dan menggunakan minyak ,masak goreng ikan  hingga garing.
 
Perencah:
Iris 2 cabe merah, 2 cili padi, 2 bawang merah, 3 daun limau purut, 3 sudu makan cuka masak
 
Perencah Dihaluskan:
3 Cabe merah, 4 buah keras, 2 bawang putih,1 sudu teh serbuk kunyit, secubit garam dan 2 sudu makan gula.
 
 
Cara membuat:
1.Tomis perencah halus ,cabe merah,buah keras, bawang putih, Serbuk kunyit,garam,gula hingga wangi
2.masukkan perencah potong: cabe mirah,cili padi,bawang merah, daun limau purut,dan cuka masak
3.masukkan bawal goreng tadi kedalam saus,aduk cepat.Sajikan dengan nasi panas.
 
SALAD DAGING ALA THAI

Masakan ini yang paling senang nak sediakan. Sesuai untuk orang yang ingin menjaga tubuh badan.

Bahan-bahannya:

Su hoon
Bawang merah (dihiris)
Cili padi(dihiris)
Grape tomato (dibelah dua)
Pea sprout
Alfalfa sprout
Daun limau purut (dihiris halus)
Bunga kantan (dihiris halus)
Umbut serai (dihiris halus)
Sos cili thai
Jus limau nipis
Daging
Garam secukup rasa

Cara-caranya:

Mula-mula kita celurkan su hoon tu. Terpulang kepada cita rasa masing-masing, jika anda suka makan su hoon gunakan lah lebih. Sambil tu daging tu kita gorengkan menggunakan sedikit minyak. Taruk sedikit garam dan lada pada daging tu. Jika anda ingin menjaga kesihatan anda bolehlah salaikan atau bakarkan daging tu. Campurkan semua bahan-bahan yang telah anda hiriskan tu dengan su hoon yang telah dicelur. Kemudian campurkan sedikit sos cili thai, jus limau nipis, gula, garam dan lada. Gaulkan sehingga sebati. Lepas daging tu dah masak anda bolehlah campurkan kedalam bahan-bahan tadi.!!! Sedap tau rasanya!! Selamat mencuba!!

 
TV3 Copyright About Us Careers Contact Us Advertise With Us FAQs Sitemap Terms & Conditions