|
|
|
 |
 |
 |
|
 |
Okonomiyaki (Osaka-style)
Minggu ini Anis bawa anda ke Japanese village Bukit tinggi. Kalau dah nama dia Japanese Village mesti la kita masak masakan Jepun!! Resipi pertama yang Anis sediakan ialah Okonomiyaki. Kalau kat Jepun, Okonomiyaki ni juga dipanggil sebagai pizza Jepun! Ye la sebab dia macam roti pastu ada sos dan bahan-bahan lain. Tapi Anis rasa tepung dia macam lempeng sikit. Resipi ni memang sedap. Sesuai untuk anda yang nak tukar selera. Cara nak menyediakannya pun mudah. Ini bahan-bahan yang perlu digunakan.
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 ¼ cawan air
4 biji telur
Kubis (dihiris halus)
bawang holand (dicincang)
roti rimah (serbuk roti)
daging (dipotong nipis)
kicap manis
serbuk lada hitam
garam
daun bawang (dihiris Halus)
Mayonnaise
Cara menyediakannya
Kita bancuh dulu adunan nak buat Okonomiyaki ni, mula-mula kita gaul kan tepung dengan telur, kemudian masukkan sedikit demi sedikit air. Campurkan pula serbuk roti dan gaulkan sehingga sebati. Bila dah sebati, dah tak berketul-ketul bancuhan tu, kita masukkan kubis dan bawang tu. Kemudian, kita panaskan sedikit minyak atas kuali leper. Pastu tuangkan bancuhan Okonomiyaki itu tadi. Kita masak dia macam masak lempeng. Bila kedua-dua belah dah warna keperang-perangan, kita boleh alihkan. Tapi, sambil kita nak buat Okonomiyaki yang lain, kita bolehlah sediakan dagingnya juga. Senang jugak, mula-mula kita kena perapkan daging tu dengan kicap manis, serbuk lada hitam dan juga sedikit garam, kemudian panaskan sedikit sahaja minyak, dan masakkan daging itu. Bila Okonomiyaki dan daging tu dah siap masak, kita boleh hidangkan. Mula-mula kita sapukan mayonnaise atas okonomiyaki tu, kemudian letakkan daging yang telah dimasak keatasnya, akhir sekali taburkan daun bawang. Selamat mencuba!!
Resipi Daigakuimo (ubi keledek manis ala jepun)
Bahan-bahan
• 2 biji Ubi keledek
• 4 sudu besar Gula
• sedikit kicap manis
• sedikit air
• biji bijan (hitam dan putih)
• minyak masak
Resipi ni memang Anis suka sangat!!! Kalau dulu selalu makan ubi keledek goreng sekarang ni boleh cuba ubi keledek masak cara Jepun pulak. Kita potongkan ubi keledek macam dadu. Kemudian kita gorengkan dalam minyak panas, sampai dia keperang-perangan. Selepas ubi dah masak, kita tapiskan minyaknya dahulu. Dalam kuali yang lain, kita masak gula dan air sampai likat, kemudian masukkan kicap manis. Masukkan ubi keledek yang telah digoreng. Kacau sehingga semua ubi keledek disaluti gula (macam sirap la), taburkan bijan hitam dan putih. Sedia untuk dihidangkan
|
|
 |
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|