TV3 Logo
Now Showing
CEREKAPILIHAN
Next Show
ANAKKU BUKAN ANAKKU at 06:00 PM
 
Home Catch Up TV Shows Schedule Fan8tics   Login Register
Ayam berempah yogurt bersama pasta

Bahan-bahan (Ayam)
Ayam bahagian dada yang dipotong dadu
250gm yogurt perisa asli
Bawang Holland (dicincang)
Bawang putih (dicincang)
Halia (dicincang)
Serbuk jintan manis
Serbuk buah pelaga
Serbuk cili
Serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Bahan-bahan pasta
Linguini
Minyak zaitun
Bawang putih (dicincang)
Cili merah (dicincang)
Daun parsli (dicincang)
Parutan kulit lemon
Jus lemon

Cara menyediakannya

Tema ICIP-ICIP kali ini ialah Perancis. Anis menyediakan masakan ala Perancis yang menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati di pasaraya tempatan. Bukan je senang nak cari bahan-bahan, rasa masakan ni pun sesuai dengan lidah tempatan. Haaa.. kena cuba resipi ni! Cara menyediakannya ialah, mula-mula kita perapkan dulu ayam tu dengan yogurt perisa asli, bawang Holland, bawang putih, halia, serbuk jintan manis, serbuk buah pelaga, serbuk cili, serbuk lada hitam, dan garam secukup rasa. Sambil kita perapkan ayam tu, kita bolehlah rebuskan pasta kita. Rebus air dengan garam dan sedikit minyak zaitun sehingga mendidih, kemudian baru masukkan pasta. Dalam resipi ni, Anis gunakan pasta linguini, jika anda ingin gunakan pasta lain seperti spaghetti pun boleh. Kita biarkan pasta kita rebus, sambil tu kita masakkan ayam yang dah perap tadi. Gunakan sedikit sahaja minyak, jika nak jaga kesihatan, anda boleh gunakan minyak zaitun. Kita masak ayam tu sampai keperang-perangan. Lepas ayam tu dah masak, ketepikan sekejap, dan masak pasta kita pulak. Panaskan sedikit minyak zaitun atas kuali, dan tumiskan bawang putih, cili merah, daun parsli, parutan kulit lemon sehingga naik bau. Masukkan pasta dan jus lemon. Apabila pasta dah digaul rata masukkan ayam tadi. Gaulkan sehingga rata sekali lagi dan siap untuk dihidang!

Poached Pir bersama Sos Coklat

Bahan-bahan:
Poached Pir
1 cawan gula
1 cawan jus oren
3 cawan air
parutan kulit oren
2 batang kulit kayu manis
8 biji bunga cengkih
2 sudu teh esen vanilla
6 biji buah pir (yang telah belah empat dan dibuang tengahnya)

Sos Coklat
1/4 cawan gula
2 sudu besar mentega
1 bar coklat masakan
Aiskrim vanilla

Cara menyediakannya:
Pencuci mulut ni sesuai untuk anda yang sukakan makanan manis. Ia juga senang untuk disediakan. Mula-mula kita rebuskan air bersama semua bahan-bahan poached pir tu (kecuali buah pir). Bila dah mendidih baru masukkan buah pir tersebut. Rebuskan dalam 10 minit atau sampai buah pir tu sedikit lembut. Bila dah siap buah pir tu, kita sejukkan dia. Kemudian kita sediakan sos coklat. Gunakan double boiler,  jika takde, kita rebus air dalam periuk dan gunakan mangkuk yang tahan panas untuk masak coklat tu. Jangan masak coklat dalam periuk nanti terlebih masak dan coklat akan berketul-ketul. Bila air dalam periuk / double boiler tu dah mendidih kita masukkan semua bahan-bahan sos coklat di dalam mangkuk yang atas periuk tu. Kacaukan selalu sampai coklat tu cair. Bila dah siap, kita hiaskan buah pir tu bersama sos coklat dan aiskrim vanilla. Sedap tau!!
 


 
TV3 Copyright About Us Careers Contact Us Advertise With Us FAQs Sitemap Terms & Conditions