TV3 Logo
Now Showing
N/A
Next Show
ANAKKU BUKAN ANAKKU at 06:00 PM
 
Home Catch Up TV Shows Schedule Fan8tics   Login Register

Dengdeng Bali Jegeg
 

Bahan-bahan:
1 Bungkus dendeng daging (Javanesse beef jerky)
3 Biji Cili merah
2 Biji cili padi
5 Biji bawang besar (dihiris)
3 Ulas bawang putih (di tumbuk)
3 Helai daun limau purut
1 sudu busar sambal bajak/ cili boh
Air asam jawa
minyak masak

Cara menyediakannya:
Resipi ni memang mudah disediakan, tapi jika anda tak dapat cari bahan-bahannya seperti dendeng daging, anda boleh gunakan daging biasa yang dipotong nipis dan digoreng sehingga garing. Jika anda dapat cari dengdeng daging, mula-mula rendamkannya dalam air asam jawa sehingga dia agak lembut. Bila dah lembut gorengkan dia dalam sedikit minyak. Sambil tu kita tumbukkan (atau di Bali di panggil Ulek), cili merah, cili padi, bawang putih, sehingga lumat. Kemudian tumiskan sambal bajak atau cili boh sehingga bau harum. Masukkan bahan-bahan yang telah diulek. Hehe.. bila bau dah naik, masukkan daun limau purut dan bawang besar yang dihiris tebal. Tuangkan sambal yang telah dimasak di atas dengdeng daging. Sedia untuk dihidang!

 

SATE LILIT AYAM

Bahan-bahan sate:
Isi ayam yang dikisar
Serai
Cekur (dikisar)
Kunyit hidup (dikisar)
Lengkuas (dikisar)
Bawang merah (dikisar)
Bawang putih (dikisar)
Cili padi (dikisar)
Cili merah (dikisar)
Belachan (dikisar)
Biji ketumbar (dikisar)
Serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan kuah kacang:
Kacang tanah (digoreng dan dikisar)
Cili boh
Serai
Gula merah
Air
Santan

Cara menyediakannya:
Sate lilit ni sebenarnya ialah salah satu masakan tradisional Bali, dan sate lilit ni terbahagi kepada beberapa jenis, ada sate lilit udang, sate lilit ikan, sate lilit daging, sate lilit itik dan juga sate lilit ayam. Dan dalam episode ini Anis dan Haryo menyediakan sate lilit ayam bersama kuah kacang. Nak buat sate lilit ni memang senang, kita tak payah perap dia lama-lama. Mula-mula kita gunakan isi ayam yang dikisar, campurkan je dengan semua bahan-bahan yang lain. Kalau campuran tu agak lembik dan tak dapat nak bentukkan, campurkan sedikit kelapa parut. Gaulkan semua bahan-bahan sehingga rata dan kepalkan pada batang serai. Kalau taknak gunakan batang serai pun takpe, boleh gunakan lidi sate biasa, tapi kalau kita gunakan batang serai, sate lilit kita akan ada aroma serai dan rasa dia lagi sedap! Lepas dah kepalkan semua, kita boleh panggangkannya seperti sate biasa.


Sambil tunggu sate kita siap dipanggang, kita sediakan kuah kacangnya. Nak sediakan kuah kacang pun senang, mula-mula kita tumiskan cili boh hingga naik bau, bila bau dah harum kita masukkan sedikit air, masukkan serai. Tunggu mendidih kemudian masukkan kacang tanah yang dah digoreng dan ditumbuk sehingga lumat. Campurkan sedikit gula merah, secukup rasa ye, dan campurkan sedikit santan. Jangan lupa garam ye. Hidanggkan sate lilit bersama kuah kacang. Mudah dan sedap! Selamat mencuba!

 

 
TV3 Copyright About Us Careers Contact Us Advertise With Us FAQs Sitemap Terms & Conditions