ANUGERAH SKRIN 2007
Anugerah Skrin 2007 merupakan suatu anugerah yang sememangnya dinanti oleh para produksi penerbitan drama, filem dan juga penerbitan dalaman sesebuah stesen televisyen. Ia mengiktiraf drama, filem dan juga program televisyen yang disiarkan sepanjang 1 Julai 2006 – 30 June 2007. Pemilihan drama yang layak bertanding adalah berdasarkan kajian AC Nielsen. Objektif Anugerah ini dianjurkan oleh pihak TV3 adalah untuk mengangkat taraf industri drama, filem dan penerbitan dalaman ke suatu tahap yang lebih tinggi seterusnya menyuntik semangat kepada tenaga produksi untuk menghasilkan produk yang bermutu di masa akan datang.
TV3 juga telah menjemput stesen televisyen NTV9, 8TV, TV9, RTM dan juga ASTRO untuk sama-sama menghantar pencalonan bagi merebut anugerah di dalam Anugerah Skrin 2007.
Siapa yang bakal dinobatkan sebagai Drama & Filem Terbaik tahun 2007? Kita nantikan pada 14 Disember, 9.00pm secara live di TV3 dan www.tv3.com.my.