- Home
- Berita TV3
- Aduan Rakyat
- Kawasan Cerun Diteroka Bimbangkan Penduduk Setempat
Bagi laporan ini jika tidak ditangani dengan bijak - ia boleh mengundang kejadian tidak diingini terutamanya tanah runtuh.
Dek ruang pembangunan di Pulau Pinang semakin terhad - kawasan bercerun turut diteroka. Senario itu amat membimbangkan penduduk Taman Desaria kerana kerja tanah di lokasi bercerun berkenaan sejak Julai tahun lalu - terlalu hampir dengan kediaman. Wartawan Loo Tung Seang ada laporannya. Lokasi ini bakal menyediakan 117 unit kediaman berkembar di kawasan lereng seluas 3.2 hektar. Perhatikan jarak antara kediaman Taman Desaria, Bayan Baru, dan lokasi projek. Siapa sangka tempat ini yang suatu ketika hijau kini bertukar wajah sekelip mata dengan kelulusan Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Mereka yang ditemui meluah rasa kesal, apatah lagi ini merupakan sumber udara bersih dan penyerap karbon dioksida sebelum ini. DATUK ABU TALIB AHMAD / PENDUDUK "Kawasan ini dulunya kami pindah, memang kami inginkan, banyak hijau dan memang kawasan ini yang di belakang itu memang kawasan berbukit dan kami jangkakan akan kekal hijau. Tapi sekarang kami kecewa sebab bagaimana kawasan cerun bukit yang melebihi syarat minima, bagaimana cerun bukit ini boleh dibangunkan sebagai tempat kediaman dan ini yang kami sangat kecewalah". Aduan Rakyat dimaklumkan tapak ini asalnya untuk pembinaan sekolah menengah. Namun tidak mendapat kelulusan pihak berwajib kerana kecerunannya melebihi 35 darjah, sepertimana ditetapkan garis panduan perancangan pembangunan kawasan bukit dan tanah tinggi.
Penduduk berhampiran tidak puashati dan ada bercadang membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, sekiranya masalah ini berlarutan.
JENNY LIM / PENDUDUK "We are going to appeal to the SPRM for further action to be taken on the developer because all our everyday, day in and day out our life are at stake, even when we sleep, we can't have peaceful night". Wakil Badan Bukan Kerajaan tempatan, Datuk Abdul Rahim Saibu, mempertikai aspek keselamatan di tapak projek. DATUK ABDUL RAHIM SAIBU / WAKIL NGO "Kita tengok retaining wall itu dari rumah hanya 5 kaki, tinggi retaining wall dah naik ke 25 kaki, berapa tinggi lagi dia nak naik kita tak tahu. Contohnya kalau berlaku retaining wall itu kena rumah-rumah itu, siapa jadi mangsa? Rakyat ! Ini rakyat marah !". LOO TUNG SEANG / WARTAWAN "Ternyata suara kekecewaan mula terluah di kalangan penduduk yang mahu pembelaan untuk menikmati kehidupan tanpa sebarang kebimbangan. Penjelasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, dan Pejabat Daerah dan Tanah, barat daya Pulau Pinang akan cuba diperolehi dalam masa terdekat ini. Loo Tung Seang, Aduan Rakyat TV3 ambil berat".
SMK Jeram Kuala Terengganu Rayakan Hari Guru Dengan Cara Tersendiri
Seperti di sekolah lain, murid dan guru...
Lebih lanjut...
Pengurusan Sekolah Satu Sistem Tunggal Diperkenal
Bagi mengurangkan beban tugas perkeranian dalam kalangan...
Lebih lanjut...
Lebih 24,000 Guru Bakal Nikmati Kenaikan Pangkat
Lebih 24 ribu guru lepasan ijazah dan...
Lebih lanjut...
PM Hadiri Majlis Dihoskan Pewaris Takhta Britain
Perdana Menteri turut menghadiri satu lagi majlis...
Lebih lanjut...
FGVH Bakal Muncul Antara Syarikat Komoditi Terbesar di Dunia
Felda Global Ventures Holdings Bhd, FGVH, menandatangani...
Lebih lanjut...
Guru Sekolah Rendah Berijazah Menjelang 2015
Kementerian Pelajaran mensasarkan seramai 60 ribu guru sekolah...
Lebih lanjut...
Hadiah Hari Guru Mulai 1 Jun
Berita baik untuk guru lepasan ijazah dan lepasan...
Lebih lanjut...
Fenomena Transit Zuhrah Pada 6 Jun
Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi di mana planet...
Lebih lanjut...
Sarapan Pagi PM Dengan Penduduk Kulai Jaya
Sebelum menghadiri majlis pelancaran dan pelepasan Kembara Mahkota...
Lebih lanjut...
Penduduk Bimbang Kewujudan Premis Barangan Lusuh
Kisah malam ini di Aduan Rakyat mengenai...
Lebih lanjut...
Penduduk Tidak Berpuas Hati
Kemelut pengeluaran hasil getah dan kelapa sawit di...
Lebih lanjut...
Penduduk Mersing Diseru Rebut Peluang Ekonomi
Sultan Johor turut meminta penduduk Mersing, merebut peluang...
Lebih lanjut...