Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

100 Ribu Pengunjung Meriahkan Malam Cinta Rasul

24 Mar 2013, 11:12am by syuh adarais


 

Dataran Merdeka bergema dengan alunan qasidah, selawat dan tazkirah ke atas Nabi Muhammad SAW malam tadi.

Majlis sempena kembara dakwah Malam Cinta Rasul bersama pendakwah terkenal dari Indonesia, Habib Syech Abdul Qadir Sssegaf itu dihadiri lebih 100,000 orang pengunjung.

Majlis diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

 

Ketibaan mereka disambut pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) Datuk Syed Ali Alhabshee dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali.

 

Sebelum memulakan majlis, hadirin membacakan Al-fatihah untuk wira-wira negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

 

Majlis hiburan berkonsepkan islam itu bertujuan menarik minat golongan muda mendekati islam dengan cara lebih santai.

Alunan 24 qasidah dan selawat diketuai oleh Habib Syech bersama kumpulan nasyid iringannnya, Hadrah.

Juga kumpulan nasyid tanah air antaranya, Al-Mawlid, In-Team dan Marhabbah Polis Diraja Malaysia, PDRM.

Antara qasidah yang menarik tetamu untuk bersama-sama mengalunkannya, Yahanana.

Sambutan yang menggalakkan ini mendorong pihak penganjur untuk membawa kembara dakwah ini menjelajah ke seluruh negara untuk membuat persembahan.