Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

17 Pelajar Malaysia Berdaftar Di Turki Selamat

6 Jun 2013, 11:03am by SITI NORFAIRUZ S. MOHAMED


Wisma Putra dalam kenyataannya mengesahkan, semua 93 rakyat Malaysia termasuk 17 pelajar yang berdaftar di Turki dilaporkan selamat.

30 daripadanya menetap di Istanbul termasuk lapan orang pelajar.

Kementerian Luar akan terus memantau perkembangan di Turki terutamanya di Istanbul dan beberapa bandar utama lain bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia terus terjamin.

Setakat ini sejumlah 115 anggota keselamatan dan 58 orang awam dilaporkan cedera.