Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

3 Pelajar Malaysia Cedera Ringan Di Jordan

13 Sep 2012, 02:11pm by SITI NORFAIRUZ S. MOHAMED


Tiga pelajar Malaysia yang cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Jordan tiga hari lalu sedang dirawat di hospital negara berkenaan.

Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay berkata mereka hanya mengalami cedera ringan selepas kereta sewa yang dinaiki terbabas ketika membuat pusingan 'u' di lebuhraya antara Karak dan Aqaba.

Penuntut yang cedera, Mohamad Hanafi Khalis Zainal Abidin, Nadhirah Husna Ahmad dan Nur Syahirah Saipol Bahari.

Seorang lagi penuntut, Saiful Asraf Saifuddin, 22 tahun, maut.

Jenazah Allahyarham dijangka tiba di tanah air jam 2:30 petang ini.