Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

409 Penduduk Kuantan Dan Pekan Dipindahkan Akibat Banjir

13 Jan 2012, 10:18am by SITI NORFAIRUZ S. MOHAMED


Sejumlah 409 orang daripada 113 keluarga di daerah Kuantan dan Pekan dipindahkan selepas kawasan penempatan mereka dinaiki air.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, setakat 9 pagi ini, daerah Pekan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 246 orang daripada 65 keluarga dari Kampung Cenderawasih Sungai Miang.

Mereka ditempatkan di Sekolah Sinar Mutiara, Pekan.

Selebihnya melibatkan lima penempatan di daerah Kuantan iaitu di Batu 6 Jalan Gambang, Kampung Cendering, Kampung Seri Damai, Kampung Jaya Gading dan Kampung Paya Pancing.