- Home
- Berita TV3
- Berita Terkini
- 9 Individu Terima Anugerah
Sembilan individu menerima anugerah sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan.
Mufti negeri Pulau Pinang, yang juga Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Datuk Seri Hassan Ahmad menerima anugerah tertinggi iaitu Anugerah Perdana.
Pemilihan Datuk Seri Hassan adalah berdasarkan kriteria calon yang berjaya memberikan sumbangan dalam tugas yang mencabar, berisiko tinggi dan berinovatif serta menyumbang ke arah kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan negara, di samping memenuhi kewajipan fardhu kifayah.
Turut menerima anugerah, Bekas Johan Qariah Peringkat Kebangsaan Dan Antarabangsa, Datuk Rogayah Sulong, Timbalan Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia, Dr Muhammad Fuad Yeoh serta pelajar kurang upaya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang Kedah, Muhammad Hadi Darus yang mendapat 9A dalam peperiksaan PMR 2011.
DATUK SERI HASSAN AHMAD / PENERIMA ANUGERAH PERDANA
Pertama sekali saya ucap terima kasih kepada pihak majlis sambutan ini yang telah memilih saya sebagai tokoh perdana yang mana saya merasa terharu dan saya tak sangka diberi penghormatan negitu tinggi kepada saya.
IR. DR MUHAMMAD FUAD YEOH / PENERIMA ANUGERAH
Saya sebenarnya berasa gembira dan juga berasa bersyukur dan terima kasih kerana mungkin usaha-usaha atau sumbangan sekecil yang saya lakukan itu mendapat perhatian dan diberi recognition.
MUHAMMAD HADI DARUS / PENERIMA ANUGERAH
Saya harap kawan-kawan saya akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan dan sentiasa ingat supaya tak lupa Allah, guru-guru dan seluruh umat Islam.
SMK Jeram Kuala Terengganu Rayakan Hari Guru Dengan Cara Tersendiri
Seperti di sekolah lain, murid dan guru...
Lebih lanjut...
Pengurusan Sekolah Satu Sistem Tunggal Diperkenal
Bagi mengurangkan beban tugas perkeranian dalam kalangan...
Lebih lanjut...
Lebih 24,000 Guru Bakal Nikmati Kenaikan Pangkat
Lebih 24 ribu guru lepasan ijazah dan...
Lebih lanjut...
PM Hadiri Majlis Dihoskan Pewaris Takhta Britain
Perdana Menteri turut menghadiri satu lagi majlis...
Lebih lanjut...
FGVH Bakal Muncul Antara Syarikat Komoditi Terbesar di Dunia
Felda Global Ventures Holdings Bhd, FGVH, menandatangani...
Lebih lanjut...
Guru Sekolah Rendah Berijazah Menjelang 2015
Kementerian Pelajaran mensasarkan seramai 60 ribu guru sekolah...
Lebih lanjut...
Hadiah Hari Guru Mulai 1 Jun
Berita baik untuk guru lepasan ijazah dan lepasan...
Lebih lanjut...
Fenomena Transit Zuhrah Pada 6 Jun
Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi di mana planet...
Lebih lanjut...
Anugerah Pekerja Cemerlang 2012
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak...
Lebih lanjut...
Peneroka Pertama Terima 'Durian Runtuh' Felda
871 peneroka Felda Sungai Koyan, Kuala Lipis...
Lebih lanjut...
Penduduk Selangor Paling Ramai Terima BR1M
Pada majlis berasingan - Tan Sri Muhyiddin...
Lebih lanjut...
Tujuh Individu Ditahan Bantu Siasatan
Tidak sampai 4 jam selepas seorang lelaki menjadi...
Lebih lanjut...