Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

ABPH Meriah, Nobat Bintang Popular

9 Apr 2012, 11:06am by SHELIZAN DOLLAH


Anugerah Bintang Popular Berita Harian, ABPBH 2011 edisi ke-25 menyaksikan Aaron Aziz dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular malam tadi.

Manakala Datuk Siti Nurhaliza terus unggul menewaskan 11 calon lain bagi Anugerah Seri Perak yang julung kali diadakan.

Anugerah sempena sambutan jubli perak ini berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands.

Datuk Sheila Majid dipilih sebagai penerima anugerah sepanjang hayat.

Antara nama baru yang memenangi anugerah ialah Johan Ariff As'ari bagi kategori Artis Baru Lelaki Popular manakala Tasha Shila bagi kategori Artis Baru Wanita Popular.

Fara Fauzana pula mengekalkan kemenangan bagi kategori Pengacara TV dan Penyampai Radio Popular.

Manakala Aaron Aziz memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular menewaskan Shaheizy Sam pemenang tahun lalu, sementara pasangannya dalam filem Ombak Rindu, Maya Karin mengungguli kategori Pelakon Filem Wanita Popular.