Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Banjir Di Pahang: 17 Kampung Ditenggelami Air

1 Feb 2011, 12:52pm by


17 buah kampung di daerah Rompin ditenggelami air.

Sekaligus memaksa hampir 500 penduduk daripada 118 keluarga diarahkan pindah.

Hingga tengahari tadi lebih 800 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan di seluruh Pahang berbanding hanya 538 mangsa petang semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, lebih 500 mangsa banjir daripada 118 keluarga dari 17 buah kampung sekitar Rompin telah dipindahkan sejak malam tadi.

Ia berikutan paras air Sungai Rompin melebihi paras bahaya.

Selain Rompin, Raub dan Bentong juga kritikal
.
229 mangsa daripada 54 kelurga di Raub berada di beberapa pusat pemindahan.

Manakala di Bentong 95 mangsa daripada 27 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan.

Daerah Maran bagaimanapun kembali pulih.

55 mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sejak dua hari lalu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Beberapa jalan di daerah Bera dan Rompin masih ditutup kepada semua jenis kenderaan selepas dilimpahi air sedalam 1.5 hingga dua meter.

Antaranya Jalan Ladang Hwali, Jalan Ladang Trading, Jalan Kampung Baru Bukit Ibam, Jambatan Sungai Gayung, Jambatan Kampung Lubuk Batu.

Dan jalan alternatif Kampung Pasal ke Felda Palong 8 dekat Muadzam Shah.