< Back to Berita Terkini

Berita Terkini

Banjir Perlis - 11 Sekolah Ditutup

02/11/2010 07:40:33

11 buah sekolah di Perlis ditutup hari ini berikutan banjir yang melanda negeri itu.

Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat berkata malam tadi, 7 sekolah rendah dan 4 sekolah menengah terletak di sekitar kawasan Parlimen Padang Besar dan Arau itu ditutup kerana paras air yang semakin meningkat.

Memetik laporan Bernama, 7 sekolah rendah terbabit adalah Sekolah Kebangsaan Panggas, Sekolah Kebangsaan Bukit Keteri, Sekolah Kebangsaan Arau, Sekolah Kebangsaan Padang Melangit, Sekolah Kebangsaan Santan, Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hua Aik.

Manakala 4 sekolah menengah yang turut ditutup ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau, Sekolah Menengah Kebangsaaan Datuk Sheikh Ahmad, Sekolah Menengah Kebangsaan Arau dan Sekolah Menengah Agama Al-Madrasah Al-Alawiyah Addiniah, Arau.

Tambah Mansor, kesemua sekolah terbabit hanya akan ditutup hari ini dan keputusan sama ada tempoh penutupan itu akan dilanjutkan bergantung pada keadaan banjir. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah pelajar dan guru yang terbabit dengan penutupan sekolah itu.

Sementara itu, 7 buah sekolah telah dijadikan pusat pemindahan banjir.

Hujan yang turun sejak lebih 24 jam lalu berlarutan sehingga malam tadi dan pasukan penyelamat melakukan rondaan bagi tugas menyelamat di kawasan-kawasan terbabit.

Setakat ini, lebih seribu penduduk telah dipindahkan.

Related Articles

Pengurusan Sekolah Satu Sistem Tunggal Diperkenal

Rodhiah M 16/05/2012 19:43:00

Bagi mengurangkan beban tugas perkeranian dalam kalangan

Read more...

Guru Sekolah Rendah Berijazah Menjelang 2015

SITI NORFAIRUZ S. MOHAMED 16/05/2012 16:15:00

Kementerian Pelajaran mensasarkan seramai 60 ribu guru sekolah

Read more...

11 Anggota Polis Cedera

SITI NORFAIRUZ S. MOHAMED 29/04/2012 14:42:00

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dalam

Read more...

Projek Tebatan Banjir Sibu Bukti Kerajaan Tunai Janji

Rodhiah M 27/04/2012 19:48:00

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan

Read more...

Layanan Sama Rata Kepada Semua Jenis Sekolah

Rodhiah M 27/04/2012 19:45:00

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun

Read more...

Mangsa Banjir Di Kampar Bertambah

SITI NORFAIRUZ S. MOHAMED 13/04/2012 16:05:00

Jumlah mangsa banjir ditempatkan di dua pusat pemindahan

Read more...

Kerajaan Komited Bantu Sekolah Jenis Kebangsaan

Rodhiah M 04/04/2012 20:44:00

Sekolah Jenis Kebangsaan tidak pernah diasingkan daripada

Read more...

Pelajar Sukar Ke Sekolah

NORAINIS MOHD NOOR 31/03/2012 20:00:00

Dibuka tahun lalu tetapi sehingga hari ini belum

Read more...

8 Sekolah Dibuka Semula Isnin

NORAINIS MOHD NOOR 31/03/2012 20:00:00

Lapan buah sekolah di Klang yang ditutup akibat

Read more...

Banjir Terburuk Di Klang

SITI NORFAIRUZ S. MOHAMED 30/03/2012 21:00:00

Hujan lebat awal pagi tadi menyebabkan Klang dilanda

Read more...

0 Comments posted

Displaying: 0 out of 0

You must be a registered user to comment - please login or register