Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Elaun Setiausaha JKKK Dinaikkan

1 Nov 2013, 09:59am by Syuhada Rais



Berita baik kepada hampir 15,525 Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung, JKKK seluruh negara.

Mulai tahun hadapan, elaun mereka akan dinaikkan dari RM200 kepada RM300 sebulan.

Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal, insentif itu sebahagian daripada pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri, pada Jumaat lalu.

Katanya, seramai 55 orang Setiausaha Dewan Undangan Negeri, DUN Sungai Limau juga akan mendapat elaun berkenaan.

Beliau berkata demikan selepas majlis penyampaian bantuan lembaga penyatuan dan pemulihan tanah persekutuan, Felcra Berhad bagi program baik pulih rumah di Sungai Limau, semalam.

Hadir sama Ahli Lembaga Pengarah Felcra Berhad, Datuk Ghazali Ibrahim serta calon Barisan Nasional, DUN Sungai Limau, Dr Ahmad Sohaimi Lazim.