Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Felcra Agih Dividen RM224.48 Juta Kepada 94,000 Peserta

23 Aug 2011, 01:00pm by NURUL AZURA ABDUL RAHMAN


Seramai 94 ribu peserta Felcra bakal menerima agihan dividen bernilai RM224.48 juta atau purata RM3 ribu seorang, minggu depan.

Peningkatan agihan dividen 21.46 peratus itu hasil peningkatan perolehan RM995.44 juta bagi 6 bulan pertama 2011, berbanding RM184.82 juta dicatatkan tempoh sama tahun lalu.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Pengerusi Felcra: "Yang ini semua mungkin dengan keadaan harga trend harga kelapa sawit yang stabil harga sekarang 748 satu tan berbanding 547 tan metrik."

Beliau ditemui semasa pengistiharan dividen peserta Felcra, semalam.

Secara keseluruhan, jika aliran harga kelapa sawit kekal stabil, Felcra menjangkakan dividen penuh RM850 juta akan diagihkan tahun ini, berbanding RM552 juta tahun 2010.

Dalam pada itu, bagi mengekalkan agihan dividen itu, Felcra turut merancang mewujudkan tabung pelaburan khusus untuk membantu peserta mendapat pendapatan baru.