Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Ganti Pakaian Celoreng Tentera Dengan Corak Digital Baharu

23 Apr 2013, 12:35pm by mahirah shah


Kerajaan akan sentiasa menjaga kebajikan anggota keselamatan negara terutamanya Angkatan Tentera Malaysia.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berkata kementeriannya sedang menanti kelulusan Kementerian Kewangan bagi mengantikan pakaian celoreng tentera yang lama dengan pakaian celoreng bercorak digital baharu.

Menurut Datuk Dr. Ahmad Zahid, pihaknya sudah mengeluarkan tender terbuka kepada pembekal celoreng bercorak digital.

Jelas beliau, pakaian celoreng digital berkenaan mempunyai kelebihan seperti anti nyamuk dan tidak panas.

Beliau ditemui selepas Majlis Pemakaian Pangkat kepada seorang Lans Kopral yang dinaikkan pangkat kepada Kopral dan empat Prebet yang dinaikkan pangkat kepada Lans Kopral di Kem Pakit Sri Aman pagi tadi.

Kelima-limanya terlibat dalam Ops Serkap dan Ops Daulat di Lahad Datu Sabah baru-baru ini.

Turut hadir, Menteri Perancangan Sumber Dan Kemudahan Dua Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan calon BN bagi Parlimen Sri Aman dan Lubok Antu, Masir Kujat dan William Nyalau Badak.