Ghazal Catat Sejarah Dalam "The Malaysia Book Of Records"
9 Oct 2011, 02:45pm by SITI NORFAIRUZ S. MOHAMED
Di Johor Bahru, persembahan ghazal mencatat sejarah dalam "The Malaysia Book Of Records' apabila berjaya mencatat masa 24 jam persembahan tanpa henti.
Cabaran disertai tujuh kumpulan ghazal sempena program '"Sound Of Johor".
Persembahan ghazal ini bermula 9:00 malam semalam, berakhir 24 jam kemudian, malam tadi.
Acara berlangsung di perkarangan Taman Merdeka Johor Bahru.
Cabaran itu julung kali diadakan di Johor, juga pertama kali dianjurkan dalam skala besar.
Majlis disaksikan lebih 10 ribu pengunjung.
Turut diadakan pelbagai pameran kesenian dan persembahan program tiga hari, berakhir hari ini.
