Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Guang Eng Didesak Jawab Berhubung Harga Terowong RM6.3 Billion

2 May 2013, 02:16pm by nur farhanin


 

Selepas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mendedahkan tender projek terowong dasar laut yang dicanangkan kerajaan negeri Pulau Pinang tidak melalui proses yang telus, Ketua Menteri Lim Guan Eng terus diasak.

 

Beliau diminta  agar menjelaskan bagaimana kos pembinaan projek mega itu melonjak dari RM4 bilion ke RM6.3 bilion.

 

Katanya, ia dinyatakan Guan Eng sendiri dalam Seminar Pelaburan Antarabangsa pada September 2011.

 

Yang mengumumkan kos pembinaan terowong dasar laut dan tiga lebuhraya ditetapkan RM4.08 bilion.

 

Perincian kos itu dipercayai diberikan oleh jawatankuasa teknikal dan kewangan negeri hasil kajian yang mendalam.

 

Justeru, doktor Shaik mempersoalkan bagaimana kos-nya meningkat kepada RM6.3 bilion selepas kontrak projek terbabit dianugerahkan kepada Zzenith BUCG Konsortium Sendirian Berhad pada tahun ini.

 

Tambahnya lagi, alasan kesilapan taip yang diberikan Guan Eng tidak masuk akal kerana teks ucapannya yang mengandungi perincian kos RM4.08 bilion tidak direka oleh mana-mana pihak.