Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Guru Agama Gagal Rayuan Kurangkan Hukuman Penjara

22 Jun 2013, 12:46pm by mahirah shah


Seorang guru agama dan seorang sukarelawan rumah kebajikan gagal dalam rayuan mereka untuk mengurangkan hukuman penjara kerana menyebabkan kematian seorang penghuni lima tahun lalu.

Sebaliknya hukuman untuk kedua-dua tertuduh masing-masing ditambah daripada 15 kepada 20 tahun penjara.

Keputusan dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Nurcahaya Arshad.

Tertuduh, Mohd Shuhaidi Mohammad dan Mohammed Azizi Mohd Velo turut diarah menjalani hukuman berkuat kuasa semalam.

29 Februari tahun lalu, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap kedua-dua tertuduh.

Selepas mereka didapati bersalah menyebabkan kematian Megat Mohammad Amirul Adha Sobri, 23 tahun.

Kesalahan dilakukan di rumah Pertubuhan Kebajikan Darul Islah, Batu 14, Hulu Langat, jam 11 pagi, 26 Ogos 2008.