Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Guru Didakwa Palsu Tuntutan Elaun Khas

12 Apr 2011, 12:52pm by


Kerana inginkan imbuhan lebih, 2 guru didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret Kemaman, Terengganu pagi tadi atas kesalahan memalsukan tuntutan elaun khas di pejabat daerah Kemaman.

Dakwaan dibacakan pendakwaraya SPRM, Shazreen Nadia Zulkifli di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Che Wan Azlan Che Wan Abdul Ghani, 39 dan Yuzaimi Yassin, 34, menyerahkan borang tuntutan itu kepada agen, Zulkifli Jusoh pada Mac hingga Mei 2008.

Tuntutan palsu itu dibuat kerana kedua-dua tertuduh menghadiri program anjuran jabatan kerajaan dalam 3 bulan itu, bernilai 2,220 ringgit.

Turut dipalsukan, tandatangan penama-penama tuntutan yang terdiri daripada ahli JKKK Kampung Beris Nenas, Kijal, Kemaman.

Kedua-dua mereka didakwa dibawah Seksyen 11(C) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda tidak kurang, lima kali ganda nilai suapan atau RM10 ribu, yang mana lebih tinggi.

Kedua-dua tertuduh minta dibicarakan.

Hakim menetapkan perbicaraan 24 hingga 27 Julai depan.