Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Harga Rokok Di Malaysia Naik 3 Peratus

3 Jun 2013, 10:29am by SITI NORFAIRUZ S. MOHAMED


Syarikat pengeluar tembakau dan rokok, British American Tobacco, BAT Malaysia mengumumkan kenaikan tiga peratus bagi harga semua jenama rokoknya berkuatkuasa hari ini.

Mengulas mengenai kenaikan harga itu, Pengarah Urusannya, Datuk William Toh, menerusi satu kenyataan berkata, BAT Malaysia berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input yang membawa kepada peningkatan kos operasi, sama seperti syarikat pengeluar lain.

Selain itu, kuantiti industri tembakau sah juga terjejas akibat peningkatan berterusan perdagangan rokok haram yang berada pada tahap 34.5 peratus pada 2012.

Justeru, kenaikan itu diputuskan bagi menangani peningkatan kos dan tekanan perdagangan rokok haram.