Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Ikan Gergasi Habuan Nelayan

26 Jan 2013, 06:27pm by SITI NORFAIRUZ S. MOHAMED


Seorang nelayan di Sungai Perak terkejut apabila pukatnya berjaya menangkap seekor ikan Temoleh seberat hampir 30 kilogram.

Ikan Temoleh atau lebih dikenali dengan nama ikan Tamalian amat terkenal dalam kalangan penggemar ikan air tawar.

Ikan yang bersaiz hampir satu meter panjang ini ditangkap berhampiran jeti Pekan Manong.

Menurut nelayan tempatan, harga ikan ini boleh mencecah sehingga RM80 sekilogram bergantung kepada saiznya.

Selain Sungai Perak, ikan Temoleh juga ditemui membiak di Sungai Pahang dan Tasik Kenyir.