Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Jumlah Pelancong Domestik Meningkat

3 Dec 2011, 01:24pm by SHELIZAN DOLLAH


Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen memaklumkan, jumlah pelancong domestik di negara ini menunjukkan peningkatan positif.

Tahun lalu seramai 111.5 juta orang dicatatkan, menjana RM34.7 bilion.

DATUK SERI DR. NG YEN YEN/ MENTERI PELANCONGAN
Kita perlu fokus kepada warga emas as a torist too. Saya sudah mohon banyak kali hotel buat pakej special weekdays bagilah pihak tertentu yang tak kerja half price. Ini kita akan pergi balik pada pihak industri.

Ujarnya, peningkatan itu hasil kesedaran, promosi, perubahan gaya hidup dan penganjuran program menarik.

Kementerian katanya turut memfokuskan pelancongan global dengan mensasarkan ketibaan 36 juta pelancong.

RM168 bilion dijangka dijana di bawah pelan transformasi pelancongan Malaysia.