KSN arah henti segera latihan lasak bagi pegawai PTD
Putra Jaya - Ketua Setiausaha Negara Datuk Dr Ali Hamsa bagi pihak seluruh Perkhidmatan Awam mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Aidy Hasmi b Abu Hassan, kadet PTD di atas kembalinya beliau ke rahmatullah semasa menjalani latihan wataniah di Pekan, Pahang.
Beliau berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman .
Susulan daripada kejadian tersebutDatuk Dr Ali Hamsa telah mengarahkan JPA dan INTAN menghentikan dengan serta -merta aktiviti-aktiviti lasak yang melibatkan kursus Diploma Pengurusan Awam bagi bakal pegawai PTD dan kursus-kursus lain bagi pegawai-pegawai yang tidak beruniform.
Pada masa yang sama, beliau juga telah mengarahkan JPA dan INTAN menyiasat dan mengemukakan laporan berhubung peristiwa tersebut.
