Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Kemalangan Malam Minggu Ragut Tiga Nyawa

17 Apr 2011, 01:06pm by


Kemalangan malam minggu di Lebuhraya Damansara Puchong malam tadi mengorbankan tiga nyawa setelah kereta yang mereka naikki hilang kawalan.

Dua lagi mangsa cedera parah.

Kemalangan berlaku jam 12.30 tengah malam di KM28.2 lebuhraya itu yang menghala ke Putrajaya.

Laporan awal menyebut kereta yang dinaiki 4 orang itu dipandu laju sebelum merempuh sebuah motosikal dan kemudiannya, melanggar belakang lori yang rosak.

Rempuhan kuat menyebabkan pemandu, penumpang hadapan dan seorang penumpang belakang kereta, mati di tempat kejadian.

Seorang lagi penumpang kereta, dan penunggang motosikal, yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Serdang.

Polis sudah mengenal pasti dua daripada mangsa yang terbunuh sebagai  Sak Jia Kit, Tan Jun De dan Janson Sia Boon yang, semua berusia 20 tahun.

Ketua Trafik Dan Ketenteraman Awam Selangor, Supritenden Zulkifli Jonit berkata, polis mahu mendapatkan keterangan beberapa saksi bagi mengenalpasti punca kemalangan.