Kes Denggi Meningkat 26%

12/01/2012 15:00:00

440 kes demam denggi dengan satu kematian dilaporkan pada minggu pertama tahun ini.

Menurut  Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman statistik itu menunjukkan peningkatan 26 peratus atau 90 kes berbanding minggu sebelumnya yang tidak mencatatkan kematian.

Kematian demam denggi dilaporkan di Selangor melibatkan seorang wanita berusia 35 tahun yang bertugas sebagai penjawat awam di Putrajaya.

Dalam kenyataannya, Dr Hasan berkata secara keseluruhan, sembilan negeri mencatatkan peningkatan kes demam denggi bagi tempoh 1 hingga 7 Januari tersebut, iaitu Selangor, Johor, Perak, Melaka, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Beliau juga berkata terdapat tiga lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor yang berpotensi menjadi lokaliti 'hot spots' jika tiada langkah penghapusan nyamuk Aedes diambil oleh pihak berkenaan.

Katanya hasil pemeriksaan ke atas 57,439 premis di seluruh negara pada minggu lepas juga mendapati 833 mempunyai tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Berita Lain

SMK Jeram Kuala Terengganu Rayakan Hari Guru Dengan Cara Tersendiri
16/05/2012 19:59:00
Seperti di sekolah lain, murid dan guru...
Lebih lanjut...

Pengurusan Sekolah Satu Sistem Tunggal Diperkenal
16/05/2012 19:43:00
Bagi mengurangkan beban tugas perkeranian dalam kalangan...
Lebih lanjut...

Lebih 24,000 Guru Bakal Nikmati Kenaikan Pangkat
16/05/2012 19:25:00
Lebih 24 ribu guru lepasan ijazah dan...
Lebih lanjut...

PM Hadiri Majlis Dihoskan Pewaris Takhta Britain
16/05/2012 19:04:00
Perdana Menteri turut menghadiri satu lagi majlis...
Lebih lanjut...

FGVH Bakal Muncul Antara Syarikat Komoditi Terbesar di Dunia
16/05/2012 18:53:00
Felda Global Ventures Holdings Bhd, FGVH, menandatangani...
Lebih lanjut...

Guru Sekolah Rendah Berijazah Menjelang 2015
16/05/2012 16:15:00
Kementerian Pelajaran mensasarkan seramai 60 ribu guru sekolah...
Lebih lanjut...

Hadiah Hari Guru Mulai 1 Jun
16/05/2012 13:29:00
Berita baik untuk guru lepasan ijazah dan lepasan...
Lebih lanjut...

Fenomena Transit Zuhrah Pada 6 Jun
16/05/2012 12:40:00
Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi di mana planet...
Lebih lanjut...

Berita Berkaitan

Kesal Niat Bongkar Kes Dera Disalah Erti
11/05/2012 15:56:00
Niat untuk membongkar kejadian bayi didera oleh...
Lebih lanjut...

Agenda Berjaya, Ekuiti Bumiputera Meningkat
23/04/2012 20:33:00
Pemilikan ekuiti bumiputera di negara ini pada 2010...
Lebih lanjut...

Kes PKFZ Ditangguhkan Ke 21 Mei
23/04/2012 12:37:00
Perbicaraan kes tipu bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri...
Lebih lanjut...

Suspek Kes Bunuh Pelajar Tingkatan 1 Dikenalpasti
16/04/2012 11:43:00
Susulan kes pelajar tingkatan satu maut ditikam lelaki...
Lebih lanjut...