Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Ketua Geng Renggam Boy Ditahan

1 Nov 2011, 05:41pm by SHELIZAN DOLLAH


Mengelarkan diri sebagai Renggam Boy, suspek yang paling dikehendaki di daerah Kluang dipercayai terbabit dalam lebih 26 kes jenayah sejak 2009 berjaya ditahan dalam satu serbuan.

Suspek dipercayai menjadi ketua kumpulan Renggam Boy terbabit kes jenayah seperti  pecah rumah, kekerasan, samun dan pengedaran dadah sejak 2009.

Suspek yang baru berusia 27 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan dikatakan hidup mewah hasil kegiatan jenayah termasuk memiliki kereta mewah.

Sebelum ini, Renggam Boy pernah ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Taman Renggam Jaya, Simpang Renggam tahun 2009 dan suspek telah mendedahkan penglibatan rakan-rakannya.

Ekoran pendedahan itu, tiga daripada ahli kumpulan itu telah dikenakan tindakan di bawah Ordinan Darurat.

Suspek ditahan bersama empat peket plastik lut sinar berisi dadah jenis heroin seberat 382 gram dan tiga peket plastik mengandungi dadah jenis syabu seberat 10.15 gram

Turut dirampas sebuah kereta BMW milik suspek untuk siasatan lanjut,

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah yang memperuntukkan hukuman gantung jika disabit kesalahan.

Siasatan juga akan dijalankan berhubung penglibatan suspek dalam lima lagi kes samun, pecah rumah, pergaduhan dan memiliki senjata.