Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Khidmat 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih Disambung

3 Mar 2011, 05:15pm by


Timbalan Perdana Menteri mengumumkan berita gembira buat 13 ribu guru sandaran tidak terlatih GSTT yang menerima surat pemberhentian pada tahun lalu bahawa notis itu ditarik balik.

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau telah meneliti keadaan itu dan membuat keputusan GSTT harus dikekalkan.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN / TIMBALAN PERDANA MENTERI.
Saya minta Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat pemberitahuan kepada mereka yang sudah berkhidmat dua, tiga hingga lima tahun, kita beri mereka peluang meneruskan perkhidmatan dan menempatkan mereka di tempat yang sesuai.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan dividen ladang Projek Pembangunan Rakyat Termiskin PPRT Tongod dan geran Komunal Lalampas Tongod di Sabah.

Beliau mengulas masalah 578 GSTT di Sabah, yang ditamatkan kontrak dan terdapat pemintaan termasuk daripada Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan agar kontrak mereka disambung.

Tambah Tan Sri Muhyiddin, beliau sudah mengeluarkan arahan sejak dua bulan lalu bagi menarik balik surat pemberhentian itu dan mengekalkan khidmat GSTT terbabit.

Keputusan mengekalkan GSTT bagi memberi mereka peluang menjadi guru terlatih.