Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Kontrak Presiden Dan CEO Petronas Dilanjutkan

7 Mar 2012, 11:30am by SITI NORFAIRUZ S. MOHAMED


Kontrak Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas dilanjutkan dua tahun lagi sehingga 9 Februari 2015.

Dalam satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada pertemuan dengan pengurusan kanan Petronas.

Datuk Seri Mohd Najib juga bersetuju melantik Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin sebagai Ketua Pegawai Operasi, COO berkuatkuasa 1 April 2012.

Berikutan lanjutan kontrak dan pelantikan COO itu, Perdana Menteri menyuarakan keyakinan beliau bahawa Petronas akan terus melakar kejayaan yang lebih besar.