Lawatan Padat TPM Ke Kedah
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan lawatan padatnya ke Kedah hari ini dengan menghadiri taklimat pilihan raya Barisan Nasional, BN Kedah.
Beliau tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas 8:20 pagi tadi diiringi beberapa menteri kabinet.
Rombongan Timbalan Perdana Menteri disambut oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah serta pemimpin UMNO dan BN negeri.
Taklimat yang diadakan di Bangunan Tunku ini dihadiri hampir semua pemimpin UMNO parti komponen BN negeri.
Selepas taklimat, beliau akan menghadiri majlis perjumpaan dengan penjawat awam negeri Kedah di Universiti Utara Malaysia.
Ia disusuli perjumpaan dengan pekebun kecil RISDA dan peserta FELCRA di Rancangan Perumahan Tempatan Paya Mak Insun, Pendang.
Beliau kemudian akan ke daerah Yan untuk majlis perjumpaan dengan murid dan guru sekolah pondok seluruh Kedah di Padang Lumat.
