Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Masalah Jerebu Beransur Pulih

17 Jul 2011, 02:20pm by 1055383


Masalah jerebu yang melanda beberapa bandar utama di pantai barat semenanjung baru-baru ini kini beransur pulih.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara, IPU di seluruh negara hari ini berada di bawah paras tidak sihat.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, keseluruhan bacaan yang dicatatkan sehingga 7 pagi tadi menunjukkan 76 peratus IPU berada pada tahap baik manakala 24 peratus lagi dalam keadaan sederhana.

12 kawasan mencatatkan bacaan sederhana termasuk beberapa daerah di negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.