Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Mati Ditembak Dari Jarak 1 Meter

18 Sep 2012, 02:22pm by SITI NORFAIRUZ S. MOHAMED


Di Kuching, seorang pemandu lori maut ditembak di depan anaknya berusia 15 tahun oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dalam kejadian di Kampung Segedup, malam semalam.

Dalam kejadian 7:40 malam, Rahman Chumani 38, dikatakan ditembak dari jarak satu meter oleh suspek yang datang dari arah belakang rumah.

Mangsa sebelum itu menyuruh anak lelakinya memanggil bapa untuk berjumpa.

Ketika mangsa keluar dari rumah, suspek dikatakan melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa yang kemudian terus rebah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat ditembak pada dahi sebelah kiri.

Menurut isteri mangsa, Sadiah Amin, 42, dia dan suaminya ketika itu sedang berada di dalam rumah manakala dua orang anaknya berada di luar rumah.