Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Motosikal Kuasa Tinggi Ducati Kini Lebih Murah

21 Oct 2011, 02:00pm by


Peminat motosikal berkuasa tinggi tempatan kini mampu memiliki jenama Ducati dengan harga lebih murah.

Semua itu hasil usaha pengedar dan pengimport tunggal jenama Ducati di Malaysia, Next Bike, membawa masuk model itu dari Thailand bermula dengan model Ducati Monster 795.

DATUK SM FAISAL TAN SRI SM NASIMUDDIN / PENGERUSI EKSEKUTIF BERSAMA, KUMPULAN NAZA
Semangat, pengalaman bersama jenama global ini meningkatkan pengaruhnya di kalangan peminat ducati di malaysia, ketika ini ada lebih 1,420 pemilik ducati di seluruh malaysia dan angka ini semakin meningkat.

Beliau ditemui selepas pelancaran model baru, Ducati Monster 795 malam tadi.

Model terbaru itu dilihat mampu memberi cabaran kepada jenama motosikal berkuasa lain, pada harga RM59,900 ringgit.

Pengenalan model ini juga sebahagian usaha jenama kejuruteraan Itali itu mengembangkan pengaruhnya di pasaran Asia.

Turut hadir pada majlis itu Naib Presiden jualan Ducati Motor Holdings, Christiano Silei dan juara sembilan kali Moto-GP, Valentino Rossi.