Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

PM Lancar 3 Buku Bicarakan Soal 1Malaysia

19 Sep 2012, 04:47pm by SITI NORFAIRUZ S. MOHAMED


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan tiga buku yang membicarakan soal 1Malaysia daripada pelbagai perspektif dengan lebih mendalam.

Tiga buku itu ialah 'Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020' yang dihasilkan oleh Datuk Sahlan Ismail; 'Kreativiti dan Inovasi Penjanaan Peradaban Gemilang' hasil karya Mohd Yusof Othman dan 'Budaya Ilmu dan Gagasan 1Malaysia' oleh Prof Wan Mohd Nor Wan Daud.

Datuk Seri Najib berkata selepas Gagasan 1Malaysia diilhamkan beliau kira-kira tiga tahun lalu, fasa berikutnya adalah untuk menyatukan semua idea bagi merumuskan maksud bagi maksud, tafsiran, asas, serta prinsip-prinsip yang didasari oleh gagasan berkenaan.

Katanya beliau menganggap sumbangan para ilmuan menerusi penulisan masing-masing dalam buku-buku itu, sebagai satu usaha memberi tafsiran kepada Gagasan 1Malaysia secara lebih intelekual dan mendalam.