Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

PM Lawat Lokasi Tragedi Tanah Runtuh Di Hulu Langat

24 May 2011, 01:47pm by NORAINIS MOHD NOOR


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba bersama Datin Seri Rosmah Mansor ke lokasi kejadian 11:15 pagi. Turut mengiringi, isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Seri Nooraini Abd Rahman.

Sejurus tiba, Perdana Menteri di beri taklimat mengenai kronologi kejadian dan siasatan yang telah dijalankan.

Taklimat disampaikan Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab dan Pengarah Bahagian Cerun Jabatan Kerjaraya, Datuk Ir Ashaari Mohamad.

Dalam taklimat itu, Perdana Menteri bertanya sendiri terutama faktor semulajadi, mengarah kepada kejadian tanah runtuh.

Perdana Menteri kemudian turut menyampaikan bantuan daripada kerajaan sebanyak 10 ribu ringgit kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia.

Datin Seri Rosmah turut menyumbang sebanyak 10 ribu ringgit, mewakili Badan Amal dan Kasih Selangor, Kasih, yang dinaunginya.

Delegasi Perdana Menteri kemudian dibawa melawat lokasi kejadian tanah runtuh.