Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Padi Baru - MR253 Dan MR263

27 Nov 2010, 04:31pm by


Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, hari ini mengumumkan dua variasi padi baru iaitu MR253 dan MR263 sempena perasmian Pameran Pertanian, Horikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia (MAHA 2010) di tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang.

Menurut Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), kedua-dua variasi padi baru itu mempunyai keistimewaan tersendiri yang mampu meningkatkan hasil pengeluaran padi.

Bagi jenis MR253, ia mampu memberikan hasil padi yang tinggi walaupun ditanam di kawasan tanah bermasalah seperti tanah gambut dan tanah berasid.

Jenis padi itu sesuai terhadap persekitaran berkenaan dan akan membantu meningkatkan hasil agar lebih berdaya maju dan membantu meningkatkan pengeluaran padi.

Di samping itu, hasil variasi itu juga mempunyai ciri-ciri lain seperti kerintangan terhadap perosak utama dan kualiti biji yang baik.

Variasi MR263 pula mempunyai ciri utama yang rintang kepada karah.

Jenis padi itu bakal menggantikan variasi padi yang sedang digunakan secara meluas di negara ini iaitu MR219 dan MR220.

Turut hadir pada majlis perasmian MAHA 2010, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.