Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Pahang Siap Hadapi Banjir

5 Nov 2010, 03:57pm by


Di Pahang, persiapan rapi diatur untuk berdepan dengan bencana banjir yang dijangka lebih buruk berbanding tahun lalu. Ia termasuk menambah 91 lagi pusat pemindahan mangsa banjir menjadikan jumlah keseluruhan 594 di seluruh Pahang. Manakala lebih 8,000 petugas daripada pelbagai agensi kerajaan terbabit secara langsung kini bersiap-sedia.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Negeri, Datuk Seri Shafian Ismail, pagi tadi. Katanya, berdasarkan jangkaan, lebih 1400 milimeter hujan akan turun di Pahang. Berikutan itu kerajaan negeri telah membuat persiapan rapi sejak Jun lalu. Antaranya, menambah pusat pemindahan mangsa banjir dari 588 tahun lalu kepada 594 tahun ini. Ia bagi menampung lebih 128,000  mangsa, dijangka akan dipindahkan.

Datuk Shafian yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang berkata, 92 pangkalan hadapan yang menjadi stor simpanan bekalan makanan dan sebagainya telah diwujudkan. Bekalan untuk semua pusat pangkalan hadapan ini telah disalurkan sejak awal Oktober lalu. Manakala 8,400 petugas membabitkan pelbagai agensi kerajaan telah dibekukan cuti mereka