Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Pegawai Kadet Graduan Angkat Sumpah

5 Apr 2012, 07:32pm by Rodhiah M


Seramai 62 orang Pegawai Kadet Graduan telah mengangkat sumpah pada majlis Majlis Angkat Sumpah Pegawai Kadet Graduan Siri 27/2012 pada 1 April 2012 yang lalu.

Apa yang lebih menarik seramai 7 orang Pegawai Kadet Graduan Bukan Bumiputera turut serta mengangkat sumpah untuk menyertai perkhidmatan Tentera Darat.

Iaitu seramai 4 orang kaum Cina, 2 orang kaum India dan 1 orang dari bangsa Sikh.

Penarikan bukan Bumiputera untuk menyertai ATM ini dianggap satu pencapaian yang boleh dibanggakan kerana KPI Menteri Pertahanan hanya mensasarkan 3 orang sahaja bukan Bumiputera untuk menyertai ATM pada tahun 2012.

Antara Ijazah yang dimiliki oleh Pegawai Kadet Graduan ini adalah Ijazah Kejuruteraan Ukur dan Geomatik, Ijazah Sains (Remote Sensing), Ijazah Kejuruteraan Aeronatik, Ijazah Kejuruteraan Petroleum, TESL dan lain-lain lagi.

Selepas upacara mengangkat sumpah Pegawai Kadet Graduan telah diserahkan kepada Komandan Kolej Tentera Darat, Kolonel Abd Malik bin Ali untuk menjalani latihan ketenteraan selama 9 bulan di sana sebelum ditauliahkan ke dalam Tentera Darat.