Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Penduduk Pantai Timur Diminta Bersedia Menghadapi Banjir

27 Oct 2011, 01:00pm by NURUL AZURA ABDUL RAHMAN


Monsun timur laut yang bermula November ini, dijangka membawa 20 hingga 40 peratus lebih hujan berbanding tahun lalu.

Justeru, orang ramai khususnya di negeri-negeri Pantai Timur, diminta bersedia bagi menghadapi ancaman banjir.

Menurut Jabatan Meteorologi, keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini disebabkan peralihan monsun.

Keadaan itu menyebabkan sesetengah tempat mengalami hujan dan ribut petir terutama di Pantai Barat.

Peralihan monsun ini dijangka berakhir hujung Oktober.

Monsun timur laut akan bermula November dan dijangka berakhir Mac tahun depan.