Penduduk Tidak Tahan Salakan & Bau Najis Anjing

30/01/2012 13:00:00

Ini pula keluhan penduduk Taman Sentosa, Klang, yang tidak tahan, 3 tahun terpaksa mendengar salakan dan hidu bau busuk najis anjing.

Dakwa penduduk, masalah bau busuk dan salakan anjing di kawasan mereka kian menjadi-jadi.

Puncanya, penghuni 2 buah rumah di taman ini yang menjalankan perniagaan menjual anjing.

Lebih teruk haiwan berkenaan dikurung di depan rumah si penjual.

Keluhan dan rungutan jiran pula seakan mencurah air di daun keladi.

Penduduk: "Masalah bau busuk kadang-kadang menyalak buat bising tu jelah maslah dia, tapi kalau hujan ke apa dia memang busuklah tak tahan lah bau dia memang sampai dalam rumah ikut angin kan ikut angin jelah mana-mana dia pergi bau dia busuklah."

Tambah mereka, aduan juga telah acapkali diajukan kepada Majlis Perbandaran Klang, MPK sejak 2010 dan terbaru Oktober tahun lalu.

Malangya tiada tindakan diambil.

Penduduk: "Itu tahi dia cuci lagi bau lagi anak banyak sakit demam,selsema,bau kuat tau bila itu petang banyak bau lagi hujan lagi bau cepat nanti tutup itu cermin."

Penduduk: "Keluar pun tak boleh jalan-jalan pun tak boleh. Kita ada anak lagi. Banyak kita hantar anak-anak jalan petang ye. Memang banyak bau tiba-tiba kuat bau tiba-tiba jalan pun banyak kuat bau orang lain semua jalan tutup mulut. Kita dah bagitau MPK semua sudah bagitau sudah telefon tapi diaorang tak ambil tindakan apa-apa memang dia buat tak tau."

Masalah ini kemudian kami panjangkan kepada Majlis Perbandaran Klang.

Menurut Pemangku Pengarah Kesihatanya, Zulkifli Abbas, MPK telah pun mengambil tindakan dengan mengenakan kompaun kepada mereka yang bersalah November lalu.

Zulkifli Abbas, Pemangku Pengarah Kesihatan MPK: "November, kita pernah buat and lepas tu kita tak ada terima apa-apa aduan, maknanya orang yang diadu itu dah berhenti ataupun dia bawak anjing pindahkan ke tempat lokasi lainlah tapi apa yang saya dapat sekarang ni ialah mereka bawak balik ke lokasi tempat ni jadi bila dia bawa balik ke tempat ni kita kena follow up baliklah. Kita punya team akan siasat balik benda ni dah mula balik dan kita kena mula balik tindakan kita seperti yang kita pernah buat."

Berita Lain

SMK Jeram Kuala Terengganu Rayakan Hari Guru Dengan Cara Tersendiri
16/05/2012 19:59:00
Seperti di sekolah lain, murid dan guru...
Lebih lanjut...

Pengurusan Sekolah Satu Sistem Tunggal Diperkenal
16/05/2012 19:43:00
Bagi mengurangkan beban tugas perkeranian dalam kalangan...
Lebih lanjut...

Lebih 24,000 Guru Bakal Nikmati Kenaikan Pangkat
16/05/2012 19:25:00
Lebih 24 ribu guru lepasan ijazah dan...
Lebih lanjut...

PM Hadiri Majlis Dihoskan Pewaris Takhta Britain
16/05/2012 19:04:00
Perdana Menteri turut menghadiri satu lagi majlis...
Lebih lanjut...

FGVH Bakal Muncul Antara Syarikat Komoditi Terbesar di Dunia
16/05/2012 18:53:00
Felda Global Ventures Holdings Bhd, FGVH, menandatangani...
Lebih lanjut...

Guru Sekolah Rendah Berijazah Menjelang 2015
16/05/2012 16:15:00
Kementerian Pelajaran mensasarkan seramai 60 ribu guru sekolah...
Lebih lanjut...

Hadiah Hari Guru Mulai 1 Jun
16/05/2012 13:29:00
Berita baik untuk guru lepasan ijazah dan lepasan...
Lebih lanjut...

Fenomena Transit Zuhrah Pada 6 Jun
16/05/2012 12:40:00
Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi di mana planet...
Lebih lanjut...

Berita Berkaitan

Sarapan Pagi PM Dengan Penduduk Kulai Jaya
13/05/2012 14:56:00
Sebelum menghadiri majlis pelancaran dan pelepasan Kembara Mahkota...
Lebih lanjut...

Isu Sampah Tidak Berkesudahan
09/05/2012 19:39:00
Lagi isu sampah di Selangor. Kali ini...
Lebih lanjut...

Jururawat Dan Bidan Tidak Dilupakan
09/05/2012 12:13:00
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak...
Lebih lanjut...

Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Awal Kanak-kanak Untuk Rosmah
07/05/2012 21:00:00
Datin Seri Rosmah Mansor hari ini dianugerahkan Ijazah...
Lebih lanjut...