Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Penerbangan Pertama Jemaah Haji 29 September

18 Sep 2011, 01:20pm by SITI NORFAIRUZ S. MOHAMED


Penerbangan pertama jemaah haji akan berlepas 29 September ini.

Kumpulan pertama 450 bakal jemaah itu dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA.

Mereka sebahagian 27,900 bakal haji yang menunaikan rukun Islam itu tahun ini.

DATUK SYED SALEH SYED ABDUL RAHMAN/PENGURUS BESAR KANAN JABATAN HAJI, LEMBAGA TABUNG HAJI MALAYSIA
"Kapal terbang pertama akan berlepas seramai 450 orang, berlepas dari KLIA akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah."

Menurut Datuk Syed Saleh, penerbangan harian dijadualkan menerusi pesawat sewa khas sehingga 30 Oktober manakala penerbangan pulang pertama ke tanah air dijadualkan 12 November depan.

Terdahulu, beliau hadir pada majlis penutup Kursus Haji Perdana 2011 peringkat Selangor.

Majlis disertai 4,500 bakal haji, disempurnakan Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah.