Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Pengawal Keselamatan Baru Pungut Wang Mati Ditembak

31 Oct 2011, 01:00pm by


Seorang pengawal keselamatan yang baru selesai memungut wang di Pusat Perubatan Universiti Malaya, PPUM, maut setelah di tembak 2 perompak bersenjatakan pistol.

Dalam rompakan nekad itu, perompak melarikan karung berisi wang tunai, dianggarkan berjumlah  200 ribu ringgit.

Kejadian di persimpangan lampu isyarat PPUM kira-kira jam 10. 35 pagi.

Kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki 3 pengawal keselamatan berhenti di lampu isyarat, dihampiri 2 lelaki bermotosikal.
 
Bersenjatakan pistol suspek mengarahkan pengawal terbabit membuka pintu.

Berang dengan tindakan pengawal yang enggan dengan arahan itu, 2 perompak terbabit melepaskan beberapa das tembakan.

2 das tembakan mengenai rusuk mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan.

Perompak terbabit kemudian bertindak merampas karung berisi duit, dan melarikan diri ke arah Jalan Gasing.

Mangsa di kenali sebagai Burhanudin,  23 tahun di sahkan mati ketika menerima rawatan di PPUM.

Orang ramai yang mempunyai maklumat di minta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.